Thursday, September 16, 2010

pelajaran 2-1 penggunaan ذَالِكَ

Bacalah Perbendaharaan Kata:

ذَالِكَ = Itu


قَمِيْصٌ = baju


مِنْظَارٌ = cermin mata


سِتَارٌ = tirai


سَرِيْرٌ = katil


مَنْدِيْلٌ = sapu tangan


خُبْزٌ = roti


Peringatan: Sebaik-baiknya proses pembelajaran dibuat antara dua orang secara berganti-ganti.

Bezakan antara هَذَا dan ذَالِكَ

Ketika menggunakan هَذَا , maka hendaklah benda yang hendak disebut itu disentuh atau dipegang. sedangkan ذَالِكَ maka adalah memadai ditunjuk sahaja tanpa disentuh atau dipegang.

Penggunaan ذَالِكَ pada umumnya hanya untuk kata nama yang tidak diakhiri dengan ة (ta marbutah) sebagaimana هَذَا.


1) Bacalah terlebih dahulu sehingga lancar dan hafal ayat-ayat di bawah ini. (lebih kurang 10 minit)


ذَالِكَ قَمِيْصٌ


ذَالِكَ سِتَارٌ


ذَالِكَ سَرِيْرٌ


ذَالِكَ خُبْزٌ


ذَالِكَ مِنْظَارٌ


ذَالِكَ مَنْدِيْلٌ


2) Pastikan baju, tirai, cermin mata, sapu tangan dan katil terletak jauh daripada anda.

3) Sebutkan satu persatu dengan hanya menunjuk dengan jari anda ke arah setiap peralatan di atas tanpa menggunakan terjemah atau menyentuh . (lebih kurang 20 minit)

4) Tuliskan semula ayat-ayat di atas di dalam buku kemudian baca tulisan anda. Pastikan tulisan anda betul.

Nantikan pelajaran 2-2 pada hari Isnin ini atau hubungi Ustaz Zalnun Abd Muis 017-3181018 atau terus belajar bahasa Arab di rumahnya, no 40, jalan Damai 6, Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor.

No comments:

Post a Comment