Monday, October 4, 2010

pelajaran 2-4 penggunaan تِلْكَ

Baca Perbendaharaan kata:

تِلْكَ = itu

مِكْوَاةٌ = seterika

مِكْنَسَةٌ = penyapu

دَرَّاجَةٌ = basikal

رِسَالَةٌ = surat

كُرَةٌ = bola

Peringatan: Penggunaan (تِلْكَ) pada umumnya adalah bagi nama yang diakhiri dengan Ta marbuthah (ة atau ـة)

Sebaik-baiknya proses pembelajaran dibuat antara dua orang secara berganti-ganti.

1) Baca terlebih dahulu sehingga lancar dan hafal. (lebih kurang 10 minit)

تِلْكَ مِكْوَاةٌ

تِلْكَ مِكْنَسَةٌ

تِلْكَ دَرَّاجَةٌ

تِلْكَ رِسَالَةٌ

تِلْكَ كُرَةٌ

Bezakan antara هَذِهِ dan تِلْكَ

Ketika menggunakan هَذِهِ , maka hendaklah benda yang hendak disebut itu disentuh atau dipegang. sedangkan تِلْكَ maka adalah memadai ditunjuk sahaja tanpa disentuh atau dipegang.

2) pastikan seterika, penyapu, basikal, surat dan surat berada tidak jauh dari anda.

3) Sebutkan satu persatu dengan menunjuk setiap peralatan di atas tanpa menggunakan terjemah. (lebih kurang 20 minit)

4) perbezaan penggunaan Tulis semula ayat-ayat di atas di dalam buku kemudian baca tulisan anda.

5) pastikan betul.

No comments:

Post a Comment